OTW balik dari engagement adik aku dari Ganu aku berbual sepanjang pjlnan dengan mak. Since kitaorg ngeri dengan jalan Gerik-Jeli yang horror pada waktu malam. So aku asik berbual dgn mak n then tetiba nak bercakap pasal dia. He is a actually my dad.
Sejak 3-4 bulan ni banyak perkara buat aku risau kat dia. First pasal penyakit dia, aku tak pasti sakit apa tapi mak pernah cerita doktor pernah keluar statement kemungkinan ada masalah pada bahagian otak. Jangan kata abah, aku pun teramat risau kalau statement tu betul. At last abah taknak buat Further checkup. Redha dengan apa yang akan berlaku. Tapi tu dulu masa aku sophomore kat kuittho lagi.
Sekarang dah macam agak teruk. Tangan kiri dgn kanan shaking je. Kerja berat dah tak boleh buat, kalau keje teliti lagi la ssh dgn keadaan tangan abah macam tu. Skrg abah mengeluh badan sakit2. Tu lah sbbnya aku balik jugak dqri JB untuk majlis tunang adik aku kat ganu sebab risau dia xberapa boleh deliver. Mak pulak tak kasi adik pegi(dlm masa yang sama mengharapkan aku balik) asalnya aku tak jadi balik atas sebab faktor kewangan tapi rasanya masalah aku ni kecik je berbanding family matters macam ni.
Even tiap2 hari buat terapi pun masih belum nampak sakit dia makin kurang. Mak dah advise abah suruh pegi hospital dapatkan statement doctor so that boleh keluarkan EPF awal for medical expenses tapi abah tetap tak nak.entah macam mana lagi, aku kena nasihatkan ke? Susah gak sebab aku kenal ego abah. Or maybe duit EPF dia tu untuk mak dgn anak2 so dia taknak usik? Adik2 aku macam tak perasan masalah ni (atau maybe diorg dah tau tapi xberani bersuara).
Bisnes kedai komputer dia pun tak berapa ok. Nak komen pun macamla penah buat bisnes. Tapi tu lah pencarian abah untuk kami. Pe boleh buat setakat bisnes kat taiping ni growth rate dia tak sehebat penang or JB but at least syukurla apa yang ada. Aku dah mula kerap inject duit untuk mak aku memandangkan dia mintak untuk adik pempuan aku ni. Dia nak mintak direct aku kurang percaya. Kata dia duit deposit umah la, moto la, yuran la, so bagi la kat mak. Amaun bukanla kecik. Terasa sakit jugak hujung tahun lepas sebab takder bonus. Mintak abah mmg dah tak boleh bagi lagi considering dgn dengan kesulitan dia.
Fikirkan adik pulak yang baru jobless membuatkan abah makin kusut. Dah la baru engage, kena berita macam ni pulak. Mak doakan adik dapat keje baru tu. Bukan untuk dia je, untuk mak abah gak. Yang adik aku tengah belajar ni beringat2 la. Bukan abg dia ni tak bagi nasihat, tapi since kesulitan tu korang tak nampak so korqng buat tqk endah je. Agaknya ni lah balasan aku kut. Dulu aku tak rasa kesusahan macam ni wlpn abah penah luahkan tapi sekarang aku dah faham.
Aku rasa dah sampai masanya control budget harian, say, quit smoking, makan pun bukan ikut selera tapi cukupla sekadar kenyang. Kurangkan aktiviti luar, boling? Rasanya aku nak stop seketika,maybe terus stop. benti beli gajet2 mahal ni, cukupla apa yang ada sampai sekarang, even every every liter of fuel cons. nak tengok balik. I guess seruan dah sampai.
Harap2 kita bertahan at least sampai 3 tahun dari sekarang. Insyaallah
- Posted via iPad
2 comments:
you smoke?
Yup but no longer...
Catat Ulasan